Monday, February 10, 2020

Khadeejah Bella 9 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Hari ini, hari Isnin. Kay puasa ganti..
Kalau lama lama takut tak terganti pula...
Di kawasan rumah Kay banyak kedai makan Islam, maknya, untuk berbuka puasa hari ini Kay beli sahaja..Beli Bihun Kari berharga Rm4.50
Untuk anak-anak, Kay dah rebus nasi impit. Nanti buat sup ayam sahaja.
Al kisah, Kay ank kongsikan perkembangan puteri sulung Kay iaitu Khadeejah Bella Bt Khanif.
Alhamdulillah sekarang beliau berusia 9 tahun..Tak terasa Khadeejah dah besar. Sekarang dia sekolah darjah 3.
Antara cerita yang KAy nak kongsikan ialah, kawannya bertanyakan “Mama awak ada banyak duit kah?”
Kay pulak tanya “ Kenapa kawan Khadeejah tanya macam tu??” Sebab Kay pelik lah..
Khadeejah “ Sebab kawan cakap Mama pakai baju cantik masa ambil Khadeejah balik sekolah.”

Sampai macam tu sekali pemerhatian kawan kawn Khadeeejah..hehehe
Kay tidak lah. Pakai baju cantik macam artis. cuma nya baju tu kemas. Tidak lah Kay pakai baju kelawar masa ambil anak sekolah, melainkan kalau Kay tak turun dari kereta.

Pelajaran Khadeejah macam biasa. Boleh tangkap matapelajaran BM dan BI. Matematik ada kesukaran sedikit bab pembundaran nilai ribu.

Sekolah agama, Ustazah cakap dia boleh menulis dan ikut pelajaran. Sekarang dia belajar bab Tayamum untuk matapelajaran Ibadat. Bahasa Arab dia belajar pasal buah buahan tempatan dan buah buahan luar negara.

Setiap Jumaat ada solat secara berjemaah dan membaca bacaaan di dalam solat bersama sama.

Khadeejah suka main game dalam hp. Kay hadkan penggunaan Hp lagipun di rumah tiada Unifi. Pakai data HP Kay sahaja..

Itu sahaja perkongsian pasal puteri sulung Kay..

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...