Friday, March 20, 2020

Resipi Sambal Tumis Kerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?  Harap sihat hendaknya.
Di kala Covid-19 ni,  sila lah patuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah diam diam.
Cuti sekolah dilanjutkan sehingga 31 March 2020.
Alhamdulillah. Kay gunakan cuti ini untuk duduk di rumah dan Qada'puasa.
Ada berbaki 1 hari sahaja lagi.

Ok berbalik kepada tajuk diatas.  Kay nak kongsikan resipi sambal tumis kerang.

Bahan - bahan:

1.Cili kering . Dipotong 2, direbus,  dibuang biji supaya tidak pedas. Kalau nak pakai cili boh yang dah siap di kedai pun boleh.  Tapi Kay. kurang suka sebab ada bau atau rasa lain.  Tak sama kalau kita buat sendiri.  Dijamin bersih dan InshaAllah sedap. Untuk resipi ini, Kay buat sendiri cili boh..
2.Bawang merah
3.Bawang putih
4.Belacan
5.Garam
6.Gula
7.Air asam
8.Minyak untuk menumis
9.Kerang yang dah siap dikopek.  Tak kuasa Kay nak rebus kerang dan kopek.. heheh..

Cara-cara:
1.Tumiskan bahan kisar ( Cili kering,  bawang merah, bawang putih dan belacan) sehingga pecah minyak. Nisbah bawang ialah bawang  merah 3: bawang putih 1. Iaitu 3 nisbah 1. Ada orang buat sambal tumis pakai bawang merah sahaja.  Kay ikut arwah Mak pakai bawang putih dan masukkan belacan agak agak sahaja. Tak banyak pakai belacan.  Ada orang masak sambal tak pakai belacan.  Tapi Kay pakai.. ikutarwah mak masak.
Yang nisbah bawang tu,  Kay ikut Kak Shidah... Orang Johor. Pandai memasak.  Kalau dia masak,  memang menjadi.  Orang lama lah katakannnn.. hehehe..

2. Lepas dah pecah minyak.  Masukkan kerang.
3.Akhir sekali,  perasankan masakan dengan garam, gula dan air asam. Kay tak pakai ajinomoto dan yang seangkatan dengannya. Kalau ada gula melaka lagi sedap orang kata.. Mana mana yang adalah di dapur tu.. Pakai aje.. Jangan buat susah..

p/s: Kay masak sambal ni banyak. Lepas tu disejukbekukan.  Senang,  kalau nak makan,  keluarkan sikit dan mivrowavekan.


Sekian,  terima kasih.

Bangku ada kat peti sejuk.  Pandai-pandailah cari apa yang patut.
Kit kat,  gula gula,  air kotak semua ada. 

Kay shopping online sebab tak boleh keluar rumah kan.. hehehe... Apa tu???  

Musim panas ni,  Kay dah restock ais krim banyak banyak.  Kebetulan Ayshah nak cabut gigi kacip bahagian bawah.  Dia tak selesa.  Kay suruh dia makan aiskrim. Biar sejukkan mulut tu. 


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...