Wednesday, March 25, 2020

Happy birthday Khadeejah Bella yang ke 9 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap sihat hendaknya.
Hari ini masuk hari ke 8 Larangan Pergerakan disebabkan Covid 19.
Alhamdulillah kami sekeluarga baik baik sahaja.
Cuma Shafeyyah batuk sebab asyik makan ais krim.
Kay pon silap juga,  penuhkan peti ais dengan ais krim.
Mana tidaknya,  mereka ayik. ke dapur dan buka. peti ais.
Hahah...
Duduk rumah, asyik. makan saja lahh..
Berbalik kepada tajun entry diatas,
hari ini 25 March 2020 Khadeejah Bellah genap 9 tahun.
Alhamdulillah Khadeejah diberikan kesihatan yang baik.
Belajar so far so good.  Boleh mengikuti pelajaran.
Anak yang baik.  Kakak yang bertanggungjawab.
Sekarang dia dah masuk baca Quran.
Memandang cuti sekolah dipanjangkan,  Kay ambil peluang untuk. ajar dia baca Quran sambungan dari sekolah.
Kemudian,  Kay akan update Ustazah,  dan Ustazah akan update di buku log nya.
So far Khadeejah boleh mengaji.  Kay mula ajar sendiri dari kecil menggunakan buku Qaedah Nooraniyah dan sekarang dah nampak. hasilnya.

Khadeejah suka main game roblox di handphone.  Kay tak. halang cuma beritahunya yang dia kena hadkan masa main.
Ada masa untuk,  solat,  makan,  mandi belajar dan sebagainya.
Khadeejah ni ikut perangai Walidnya suka main game.

Di umur sekarang ni Khadeejah suka air teh,  air coklat,  air yakult.
Makanan dia suka makan nasi,  ayam masak kicap,  sotong dalam tin jenama Rex.

Dia tak ada merungut kalau nak ke sekolah.  Dia tahu tanggungjawab untuk ke sekolah dan bertanggungjawab untuk. melakukan kerja sekolah.

Bila balik rumah,  dia. akan beritahu ada kerja rumah,  dan Kay akan bantu dia selesaikan supaya dia gembira ke sekolah.

Cerita banyak-banyak tak best.
So,  let's enjoy some pixx.

Sekian,  terima kasih.

p/s: Info terbaharu, perintah larangan pergerakan dilanjutkan hingga 14 April 2020.

Ini jadiah yang diminta.  Dia nak patung kucing.
Kebetulan dalam gambar ni dia pegang patung kucing, pakai t shirt kucing dan pakai seluar corak kucing. Baru Kay perasan masa tulis entry ini.  Sesungguhnya The Bellas suka sangat dengan kucing. Kalau boleh mereka nak ada kucing di rumah.
Masalahnua siapa yang nak jaga kebersihan rumah bila ada kucing?  Kay tak kuasa... Kalau mereka dah ada sikap bertanggungjawab untuk menjaga kucing,  InshaAllah Kay akan benarkan..
Kucing tu warna hijau sebab namanya Strawberry Cat.. Harga asal ialah RM59.
Tapi masa beli,  harganya ialah RM10 sahaja lepas diskaun. Alhamdulillah. Kay beli 2 senab yang si kecik tu bukan tahu barang orang.  Dia pun tak nak mengalah.  Kami beli di Aeon.  Sebab masa tu masih belum lagi perintah larangan pergerakan dikeluarkan.
Kay bawa anak anak menonton wayang sempena cuti sekolah.  Memang dah janji,  cuti sekolah nak tengok movie. 

Pada awalnya Khadeejah nampak patung ini.  Dia nak yang ini.  Bila. pusing pusing lagi dalam kedai,  dia nampak Strawberry Cat yang lagi comel.  Kay pula berkenan dengan kucing strawberry tu sebab murah..Hehehe

Inilah cerita yang anak anak sibuk nak tengok.  Alhamdulillah Kay dapat tunaikan keinginan mereka.  Movie pun tempat kanak-kanak.  Jadi ada macam playground dalam tu.  Mereka bermain,  berlari sambil. menonton. Waktu kami keluar tu memang sesuai sebab lepas menonton,  Kay terus beli barang Dapur yang dah nak habis dan buat stok sebab risau dengan keadaan wabak COVID 19..


Kay ingat menerka nak tengok. berita ni,  tapi mereka tak berminat.. Kadi lepas troll,  kami pulang sahaja... 



No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...