Monday, March 23, 2020

Israk dan Mikraj 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari ke 5 perintah larangan pergerakan.
Hari ini hari Ahad dan jatuhnya hari Israk dan Mikraj.
Kay nak abadikan momen Khadeejah Bella 9 tahun dan Ayshah Bella 7 tahun
bangun sahur buat pertama kali dan berpuasa.
Masa Kay tulis blog ni pukul 3 petang,  Ayshah dah batal puasa.  Pukul 1 tengahari dia minta unuk. makan.
Kay masakkan telur goreng dan makan dengan nasi dan kicap.
Telur ada lagi 14 biji tu.  Kay dah 4 hari tak keluar.
So far stok. makanan ada lagi.
Kay malas nak keluar. Nak kurangkan masa berada di luar jika tiada keperluan. Bahaya keluar.. Hari ni Menteri Pertahanan kata akan ada askar membantu dalam usaha larangan pergerakan kerana masih ada manusia manusia yang ingkar perintah tersebut.

Ok cerita banyak-banyak tak best.
So,  let's enjoy some pixx.

Sekian,  terima kasih.

Kami bersahur kek marble kedai 2 ringgit dan malt coklat Aeon.
Not bad.. Sedap.. boleh beli lagi kalau taknak minum Milo.. harga pun murah dari Milo

Comel tak cawan cawan tu?  Tikus dan kucing tu sebab beli kit kat.
Yang cookie master tu dapat sebab beli ubat gigi Darlie. Kay suka ubat gigi Darlie berbanding Colgate..  


Perjalanan Israk Mikraj. Alhamdulillah Khadeejah Bella puasa penuh hari ini. Hari ini dalam sejarah. Itu pun masa tunggu lagi beberapa minit nal berbuka,  mulut dah ada kat straw air teh ais.  Tangan dah pegang nasi.
Kay suruh duduk depan makanan tunggu waktu berbuka yang beberapa minit lagi nak masuk.
Ngam jam di handphone menunjukkan 7.27 Kay baca doa berbuka dan doa makan dan makan bersama sama.
Sebelum berbuka, Khadeejah cakap nak makan burger.  Lepas berbuka,  nasi dan sotong dalam tin,  dia cakap tak jadi lah makan burger ramly.  Dia cakap dah kenyang.
Itulah,  Kay pun cakap dengan dia, masa puasa,  semua nak makan.  Bila dah berbuka,  tak larat nak makan semua.. 




No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...