Monday, April 16, 2012

Costa Mall of Emirates

Salam..
Selamat petang..
Khadeejah sedang tengok photo yang di ambil masa dalam belom Emirates..
Kay ajar dia, mana satu Walid, mana satu Ummi dan mana satu Khadeejah Bella..hikhikhik..
Hurm..sekarang ni amaran berjaga-jaga (di kawasa yang berhampiran) dikeluarkan sebab gegaran berskala 8.5 ritcher melanda Aceh..
Ok..Back to our entry kali ni..
Semalam Kay minum petang bersama dengan seorang kawan..
Sebenarnya, selain dari nak minum petang, Kay ada tujuan utama iaitu untuk membeli barang dapur di Carrefour, Mall of Emirates..
Jadi, sementara nak beli barang dapur bersama Lau Kong, Kay berehat-rehat la dulu..Cewahhh...
Kami masing-masing menunggu kepulangan suami tercinta di Costa..
Sebelum nak bergerak ke Mall of Emirates, Kay siapkan dulu bekalan makan Khadeejah yang berupa nasi lembik, steamed carrot dan grilled salmon.
Sementara Kay mengopi, Kay boleh la suap Khadeejah makan..
Yang best nye Costa ni ialah ianya terletak di level 2 dan berlatar belakangkan Ski Dubai..
Enjoy the pics!!

Sekian..

Memandangkan Kay ni tak berapa pandai minum coffee, jadi Kay order ice blended..Dan memandangkan Kay ni kali pertama juga datang ke COSTA, jadi Kay tanya la pada waitress ape minuman ice blended yang famous..Untuk pengetahuan, ada Red Berry, Peach dan Mango..Waitress tu cadangkan Red Berry..Dan Kay pun setuju sebab kalau Mango tu dah biasa,,pastu peach Kay tak berapa gemar..And the result was..sungguh puas hati..sedapp!!! So refreshing!! Kay pasti akan order lagi untuk masa akan datang!!!

Pemandangan disebalik tingkap ialah Dubai Ski!!

Depan tu kaunter COSTA dan di belakang tu disebalik kaca tu, nampak tak orang nak naik ke atas??? Kalau tak nampak tu..maknanya..paham-paham sendiri je la ye..hehheh...

Kay tak order makanan..tapi Kay amik la gambo sikit menu yang dok tercongok atas meja nih..Haa..anda boleh create your own cheesecake..

Selain cheesecake, ada juga wraps, sandwiches, salads and blueberry muffin..

Juga pastries dan bakery

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...