Monday, April 16, 2012

BBQ Potluck at Safa Park Dubai

Salam..
Selamat Malam..
Khadeejah dah selamat diulit mimpi indah..
Jadi Kay ada la masa nak hapdet sedikit aktiviti di hujung minggu yang lalu bersamaan dengan 14 April 2012..
Kami berpiknik di Safa Park..Salah satu tempat yang boleh dijadikan port untuk berpiknik..
Pada winter yang lepas, Kay berpiknik di Al Barsha Park..Kali ni, Summer piknik, di Safa Park pula...

Sedikit info berkenaan Safa Park:
  1. Kena bayar 3 dirham per entry per person
  2. Boleh ber BBQ di kawasan yang disediakan
  3. Boleh main bola di kawasan yang disediakan
  4. Tidak boleh membawa masuk binatang perliharaan
  5. Kanak-kanak adalah dibawah tanggungjawab masing-masing
  6.  Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan individu (Sebab kat dalam park ni ada train..kalau nak naik kene bayar kot..tapi Kay tak pasti berapa harganya..)
Ok..Piknik ni di anjurkan oleh company Lau Kong dan boleh bawa keluarga..
Konsep pinik kali ni ialah BBQ (daging di sponsor oleh company) dan potluck..
Lau Kong ada meng 'offer' kan diri untuk memarinate kan daging kambing..(Kay akan kongsikan resipinya di entry yang lain..)
Kay pula membuat Vaday http://kay-hussin.blogspot.com/2012/04/resipi-vaday.html dan chocolate muffin sebagai potluck..
Hurm..piknik tersebut sangat meriah dengan makanan-makanan yang dibawa..
Kay juga dapat berkenalan dengan teman sekerja Lau Kong..

Enjoy the pics!!

Pemandangan Safa Park yang sangat mendamaikan..

Papan tanda yang menunjukkan ada Play Area, Picnic Area, Toilet, Mosalla & Restaurant

Kami masuk dari Gate 2..kalau tak silap Kay , Safa Park ni ada 5 entrance @ 5 Gates

MasyaAllah..banyak sungguh makanan..Dari Cucur Udang, Kuih Koci, Kuih Bingka, Keropok Ikan, Apam, dan specialnya..ada Kek yang sangat sedap macam Secret Recipe!! Yummu!!

Ayam dan Hot Dog in da making..

Eat till you drop!! hehhehh

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...