Monday, April 2, 2012

Perkembangan khadeejah Bella 1 tahun 1 minggu 1 hari

Salam..
Selamat tengahari..
Khadeejah Bella baru je tido lepas penat ber sun bathing dan nenen..
Jadi Kay nak update sikit pasal perkembangan gigi Khadeejah..
Masa main main geletek dengan Khadeejah tadik, baru Kay perasan gigi atas belah kanan Khadeejah dah semakin ketara nampaknya..Hari ni bersamaan dengan 1 tahun 1 minggu 1 hari..
Masa genap 1 tahun, Kay nampak gusi atas kanan tu je yang membengkak..Alhamdulillah..Yeay dah keluar gigi atas..
Perkembangan mengenai berjalan pula..Khadeejah belum lagi jalan sepenuhnya..Tapi bila dia dah berdiri dan melangkah, ada la juga dia melangkah lebih dari 5 langkah..
Kay tak de la nak paksa dia berjalan..Kay nak dia berjalan dengan kemahuan sendiri.. heheh..Walau apa-apa pun, Opah kata, Khadeejah ni berani..sebab Opah ada kongsi cerita yang ada budak yang kena sampai disapukan embun jantan (hurmm..Kay pun tak tau embun jantan tu camne..nanti tanyalah pada orang tua masing-masing ye..) pada tapak kaki untuk bagi semangat berjalan..
Kemudian, Kay nak cerita pasal memanjat..tadi masa ber sun bathing di swimming pool, masa di kerusi sun bathing, Khadeejah ni berani memanjat..sampai ke atas tanpa rasa takut..Haish..lasak juga Khadeejah nih..
Itu saje yang Kay dapat kongsikan..

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...