Monday, April 16, 2012

Resipi Vaday

Salam..
Selamat Malam..
Semalam Kay buat Vaday..
Vaday adalah sejenis kuih atau makanan orang India..(Haish..Kay teringat kat Vaday yang dijual oleh kawan Tok Bak)..Tak tau la Pakcik yang berbangsa India tu masih meniaga ke tak..Kalau Kay balik JB, nak la juga jenguk-jenguk gerai Pakcik tu..Yang best nye bila pegi gerai Pakcik tu, Kay akan dapat free..hehhehh..
Ok..Back to our entry..Hurm..Kay bukan ape..Disebabkan terbaca status kawan kat Pesbuk yang dia buat Vaday, itu yang membuatkan kay tergerak nak makan Vaday..(sebab dah lama tak makan Vaday..)
Memandangkan Kay berada di Dubai, dan bukan di Malaysia yang Kay bulih cari Vaday kat kedai, makanya, Kay kene la buat sendiri kat rumah..Tapi ada je kedai yang jual Vaday, cumanya jauh..so Kay buat sendiri la kat rumah..
Alhamdulillah..setelah Kay cari maklumat di internet, segala bahan-bahan untuk membuat Vaday mudah di dapati..

Bahan-Bahan:
  1. Kacang Dal direndam semalaman atau paling kurang 4 jam.
  2. Bawang besar di cincang
  3. Garam
  4. Serbuk jintan manis
  5. Cili hijau dihiris atau cili kering di hiris halus
  6. Daun Kari di hiris.
Cara-cara:

  1. Kacang dal yang telah kembang, ambil beberapa sudu dan ketepikan. Selebihnya di kisar halus.
  2. Kemudian, kacang dal yang telah dikisar halus dicampurkan dengan kacang dal yang tidak dikisar, bersama-sama dengan bawang besar dan daun kari.
  3. Masukkan serbuk jintan manis, cili dan garam secukup rasa.
  4. Panaskan minyak dan masukkan gumpalan kacang dal.
  5. Goreng sehingga garing.
Sekian..

Vaday yang Kay buat ni, Kay gumpal kan kecik kecik supaya senang nak makan..Lagi satu, Kay nak bawa Vaday ni sebagai potluck di BBQ Picnic nanti..Jadi, dengan saiz yang bite size ni, memudahkan bagi sesiapa yang pertama lagi mencuba Vaday...

    No comments:

    Post a Comment

    Ayshah Bella ringan tulang

     Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...