Thursday, June 21, 2012

Resipi Apam Beras

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 1.46 petang..
Khadeejah tengah tido kejap..
Jadi Kay nak share la pasal aktiviti memasak yang Kay buat pada hari Jumaat yang lepas..
Sekarang baru la ada masa nak hapdet....
Haa..Kaybukan ape..tetiba nak makan Kuih Apam plak..
Kalau kt Malaysia, Kay da pu beli kat pasar malam dah..
Abes, dah dok kat Dubayy ni..Terpaksa la buat sendiri..(Bagus jugak dok luar negara ni, so bulih la menjadikkan Kay lebih rajin untuk memasak..kuikuikui)
Ok..back to the story..
Kay dapatkan resipi ni dari MyResipi.com tetapi Kay kurangkan sukatan sebab Kay nak masak sikit je dan Kay ada ubah sikit la ikut cita rasa Kay..

Just nak share la..tengok macam mudah..(memang mudah pun..) cuma kalau kita tak buat praktikal,  kita tak tau..(untuk memahami apa yang Kay bebel ni..sila tengok gambar..)

Bahan-bahan:
  1. Nasi                           1 cawan
  2. Tepung beras              1 cawan
  3. Tepung gandum           1 cawan
  4. Gula putih                   1 cawan
  5. Air                              1 1/2 cawan
  6. Yis                              1 sudu kecil
  7. Kelapa parut
  8. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Nasi di blend dengan 1 1/2 cawan air. (Kay pakai handblender..mudah sikit..kalau takde handblend, pakai blender biasa pon boleh)
  2. Bila nasi dah hancur, masukkan gula dan blend lagi.
  3. Dalam bekas yang lain, satukan yis, tepung gandum dan tepung beras. Gaulkan sehingga serata.
  4. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam bekas yang berisi yis, tepung gandum dan tepung beras dan kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan selama 3 jam.
  6. Setelah sebatian tu kembang, masukkan dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
  7. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul bersama dengan garam.
P/S: Untuk membuat kuih apam ni, Kay buat 2 bahagian sebab satu nak warna hijau dan satu lagik nak warna putih..Sila tengok gambar di bawah..

Selamat mencuba!!

Sekian..

Nasi di blend dengan air dan kemudian masukkan gula putih.

Dalam bekas yang lain, gaulkan Yis, Tepung Beras dan Tepung Gandum sehingga serata.

Kemudian campurkan nasi yang telah diblend bersama gula ke dalam bekas tadi.

Ok..Sekarang Kay buat 2 bahagian sebab nak buat apam warna hijau.

Satu warna hijau, satu lagi warna putih..Untuk pengetahuan, yang warna putih tu bila dibiarkan 3 jam, dia kembang cantik..Tapi yang warna hijau tu, Kay tengok tak berapa kembang..So untuk dia kembang lagi, kena panjangkan masa mungkin 4 jam.
Kita kene pastikan larutan kembang supaya kuih apam kita lembut.

Setelah di kukus selama 15 minit, inilah hasilnya..Lau Kong cakap COMEL..Then Kay pun tanye la, ni puji IKHLAS ke??
Sebabnye, untuk buat kuih apam ni, kene pakai acuan plastik atau pun kertas kuih yang keras.Kay pakai kertas kuih yang lembut, jadi, bila kukus, kertas tu lembik dan kuih apam pon jadik leper..heheheh..
Tapi tak kisah la..first try..Yang penting SEDAP..heheheh

Memandangkan kertas kuih tu lembut, maka Nenek pon kate kuta pakai acuan besar.
Dan kita buat sekaligus. Hijau dan Putih...

Untuk buat Apam yang berbelag-belang, lapisan pertama, kita letakkan warna Hijau, kemudian, letakkan warna putih, secara berselang -seli sampai la habis. ..Pastikan kita tuang dari tengah.
Inilah rupa kelapa parut. Kay beli di Lulu Hypermarket.  Harga nya Aed 2.25
Tips untu pastikan kelapa parut yang dibeli tidak basi kalu kita nak simpan, ialah ..kita kukus kelapa parut tu..kemudian barulah simpan dalam peti sejuk..

No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan sekolah agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan pelajaran Khadeejah Bella. Alhamdulillah Ustazah berita...