Monday, October 1, 2012

Khadeejah Bella 1 tahun 6 bulan

Salam dan selamat pagi..
Sekarang kat Dubai pukul 11.32 pagi..
Khadeejah tengah tidur lepas makan ubat mucolytic sebab dia ada batuk batuk sikit (not frequent) dan hingus.
Kay tak perlu masak lunch sebab Lau Kong ada makan kat luar dengan Hj Nasir..
Makanya, Kay ada la masa untuk update blog..
Entry kali ni Kay nak ceritakan imunisasi Khadeejah Bella di Dubai..
Untuk pengetahuan, Khadeejah Bella dah 2 kali ambil imunisasi di Dubai iaitu
  1. Imunisasi MMR dan VZV pada usia genap 1 tahun (total dalam 500 dirham) pada 31 March 2012
  2. Imunisasi DTPa/IPV/HIB (250 dirham) dan Hep A (Dosage pertama) (300 dirham) pada minggu lepas iaitu 27 September 2012. 
Alhamdulillah kedua-kedua imunisasi tu Khadeejah Bella tak demam. Dan Alhamdulillah juga sebab Kay masih lagi banyak susu dan memang Kay nak bagi Khadeejah susu badan sampai 2 tahun.

Cumanya, sekarang ni Khadeejah ada cold dan cough sikit. Tak surut-surut lagi dari minggu lepas.
Apa-apapun, Kay dah jumpa doktor dan sekarang ni makan ubat mengikut masa yang telah ditetapkan.

Ubat ni ubat yang minggu lepas 27 September 2012,  Doc bagi, perlu ambil 5 hari berturut-turut, 3 kali sehari.. Kay dah bagi sampai 5 hari tapi Khadeejah tak baik juga, jadi Kay pergi jumpa Doc lagi sebab malam tadi Khadeejah ada batuk pulak..Batuk sampai nak termuntah..Batuknya tak la selalu cuma sekali dua saja....Tapi kasihan Khadeejah terbangun waktu malam.. Kotak yang warna biru tu nasal drop dan kotak yang warna oren tu oral drop...

So hari ni, Kay jumpa Doc lagi dan Doc bagi ubat yang lagi kuat...PediaVIT tu multivitamin sebab Kay beritahu Doc yang Khadeejah ni sekrang tak suka makan..Kay suap nasi, ayam, ikan, semua dia keluarkan..Kotak yang warna kuning tu ubat untuk buang kahak di hidung dan tekak...perlu makan untuk 3 hari, 3 kali sehari sebanyak 2.5ml.Tadi Kay bagi Khadeejah makan ubat ni dengan tiada masalah langsung (sebab sebelum ni kalau nak bagi makan ubat, Khadeejah akan palingkan muka atau tepis tangan Kay..mungkin sebab ubat ni tak ada rasa ubat sangat sebab no sugar dan no alcohol..) Kotak yang warna putih tu ialah nasal drop, 2 titis untuk 3 kali sehari selama 5 hari.. ZITHROMAX tu ialah antibiotik..Doc kata kalau makan Mucolyte selama 3 hari, kalau tak sembuh, baru makan antibiotik selama 5 hari.

Kalau kita tengok cara ubat di beri ni, tak macam kat Malaysia dimana kat kotak ada tulis nama pesakit, etc.. Kat sini, pharmacist tulis pakai marker kat kotak..
Macam mana nak bacanya? Mari sini Kay tunjukkan..contohnya macam ubat yang kat kotak kecik warna putih tu (ubat titis hidung) Nampak tak ada tulisan nombor 2 yang di tulis 3 kali? Maknanya, ubat tu kena ambil 2 titis, 3 kali sehari selama 5 hari..haish..
Contoh kotak yang warna kuning tu pulak, 2.5ml dimakan 3 kali sehari selama 5 hari..haddoii..


Sekian..


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...