Monday, December 31, 2012

Khadeejah Bella 21 bulan

Salam..
Dah lama Kay tak update pasal tuan puteri Khadeejah Bella yang semakin besar..
Ha..baru beberapa hari yang lepas, Khadeejah dah panggil Kay dengan panggilan Mimi atau Mami..
Kira ok la tu..nanti bila tak besar sikit, boleh la improve panggi Ummi..dah ada bunyi sikit-sikit pon jadi la..
Lepas tu, Kay panggil Lau Kong dengan panggilan Baby..Khadeejah pon dah boleh sebut BABY!! hahahah..
Khadeejah ni sangat suka dengan kucing..bila dia nampak tiger atau lion dalam cerita kartun, dia akan sebut CAT!.
So Kay cakap la..Yes..it is a big CAT...
Tapi bila tengok gambar dog, dia tak sebut pulak CAT..haish..macam-macam..
Haa...cakap pasal macam-macam ni..Khadeejah dah pandai merajuk..Kay suka juga sakat Khadeejah haahahaha..
Kalau Khadeejah merajuk dia akan baring terlentang atau meniarap atas lantai..
Sekarang ni, Khadeejah tak suka jalan berpimpin tangan..dia suka berjalan atau berlari bebas..Tapi bila dalam situasi tertentu contok nya naik tangga atau masuk dalam lif, bila Kay cakap "Hold my hand please.."..Khadeejah akan pegang tangan Kay..
Untuk pengetahuan, Kay tak banyak sangat bercakap dengan Khadeejah..Cuma Kay banyak cakap dengan Khadeejah bila KAy buat kerja rumah..Contoh nya bila Khadeejah buka laci di dapur memasak, Kay akan biarkan dia main atau selongkar barang sampai puas..kemudian Kay akan cakap "Khadeejah, put back please.."..Khadeejah pon akan masukkan semula..
Kemudian bila nak minum air, Kay akan cakap bahasa Foo Chow "Sia Chui"
Bila nak buang pampers dalam bakul sampah Kay akan cakap bahasa cina Foo Chow juga " Tiu"
Kalau Khadeejah pegang lantai atau barang yang kotor, Kay akan cakap "La Cha"..
Hurm..Kay bukan ape..Nenek Cina dah pesan supaya Khadeejah mesti kena pandai cakap mother tongue Nenek Cina..hahahha..
Sambil Kay ajar Khadeejah, Kay pon belajar juga...
Kesihatan Khadeejah sangat baik..
Cuma minggu lepas, kulit badan dia ada gatal-gatal dan kering. Sampaikan waktu malam pon tergaru-garu..
Pada mulanya KAy sapukan ubat gatal dan Calamine lotion.Merah berkurangan tapi gatal masih ada..
Jadi Kay bawa Khadeejah ke UniCare yang terletak di BurJuman Shopping Center dan berjumpa dengan Dr Savitha..
Alhamdulillah..sekali pakai je ubat sapu tu, Khadeejah dah tak garu-garu badan..

Banyak lagi yang tak sempat Kay kongsikan..Apa-apapun, Thank you Allah for letting me become a mother to Khadeejah Bella Bt Khanif..

Sekian..

Khadeejah yang khusyuk memandang lautan biru...

1 comment:

  1. as salam.. bertandang dan polow..beh nyer pandai speak bhasa cina nooo....

    ReplyDelete

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...