Sunday, January 6, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Dubai

Salam..
Hari da masuk 6hb dan Kay baru berkesempatan nak tulis pasal pengalamam Kay sambut tahun baru 2013 di Dubai...tahun lepas, Kay sambut new year dalam kapal terbang from Malaysia to Dubayy...hahahah
Memandangkan tahun ni kami berada di Dubai untuk menyambut tahun baru, Kay teruja la nak tengok bunga api di Burj Khalifa....
Kay dan pesan awal-awal kat Lau Kong yang Kay nak tengok pertunjukkan bunga api di Burj Khalifa.
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat di hati..Thank you Lau Kong for bringin us there!!
Enjoy the pics!!

Kay masak Kari Ayam dan kacang panjang goreng bersama-sama ulam kacang botol..Haa..ni kali pertama Kay makan kacang botol kat Dubai. Secara kebetulan Kay jumpa kacang botol ni kat supermarket di Karama. satu bungkus 5.99 dirham kalau tak silap. Sebelum nak ajak Lau Kong keluar jenjalan, kena nak ambil hati sikit..masak sedap-sedap..hahahah..

Kami keluar rumah pukul 11 malam dan sememangnya kami tak bercadang nak ke Burj Khalifa sebab sudah tentu sesak. Walaupun dari rumah Kay boleh je nak jalan kaki ke Burj Khalifa. Akhirnya Lau Kong bawa ke kawasan Mazaya Center. Untuk tahu pasal Mazaya Centre ni boleh klik link http://kay-hussin.blogspot.com/search/label/Mazaya%20Centre%20Dubai

Kami parking kereta di kawasan lapang dan kena lintas jalan sikit untuk ke Mazaya Centre.

Ya ampun..ramai sangat orang di kawasan luar Mazaya Center menantikan jam 12 tengah malam..Sebabkan kami bawa Khadeejah dengan stroller dan risau Khadeejah tak selesa, kami bergegas keluar. Kami pergi ke kawasan parking kereta. Luas dan lapang.

Pintu keluar Mazaya Centre..Tengok belakang tu, ramai orang keluar masuk..

Ni kawasan dalam Mazaya Centre..

Cantik nya..dan best sangat dapat tengok secara langsung walaupon dari spot yang tak berapa best...heheheeh..tapi yang penting, lapang dan luas.

Lepas habis pertunjukkan bunga api, kami pun bergerak balik..Tengok tu, ramai orang berjalan kaki pulang.Memang baik lah Kay tak berjalan kaki ke Burj Khalifa. Naik kereta pun jam juga. Tapi disebabkan rumah Kay terletak di Syeikh Zayed Road (Heart of the Dubai City)..makanya kami sampai rumah pukul 1.30 pagi. Apa-apapun ini satu pengalaman yang berharga buat kami sekeluarga..menjadi kenangan di menyambut tahun baru 2013 di Dubayy..Thank you Lau Kong for bringing Lau Po and Khadeejah there!!

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...