Monday, January 21, 2013

Opah dan Pak Andak datang Dubai

Salam dan selamat pagi..
Khadeejah tengah tidur. Kami baru je lepas balik dari  menghantar Opah dan Pak Andak ke Terminal 3.
Entry kali ni Kay nak cerita sikit pasal pengalaman Kay bersama Opah di Dubai.
Untuk pengetahuan, ini kali pertama Opah datang ke Dubay tetapi kali ketiga bagi Pak Andak. Kay nak ucapkan terima kasih kepada Pak Andak yang sudi menemankan Opah ke Dubay. Bukan ape, Opah tu kalau takde orang nak temankan dia, jawab nye tak kemana lah..Duduk lah dengan Tok Bak di JB dan juga Batu Pahat..hehehe
Sepanjang Opah dan Pak Andak berada di Dubai (dari 9 Jan hingga 21 Jan), Kay tak sempat nak update blog sebab sibuk melayan Opah sebabnya, bukan senang Opah nak datang berjalan ke sini lagi. Trip untuk datang ke Dubai ni pun, bukan nya telah dirancang sebulan dua. Tetapi hanya dirancang 2 minggu. Kebetulan ada tiket kapal terbang murah dan availability Pak Andak sebelum Pak Andak mula Housement untuk membawa Opah berjalan-jalan makan angin di Dubai.
Alhamdulillah...waktu Opah datang ni, ada Dubai Shopping Festival yang berlangsung dari 4 Jan hingga 4 Feb 2013.
Sesuai la untuk Pak Andak shopping barang-barang seperti baju, seluar, kasut dan sebagainya untuk digunakan semasa housement...(Macam retiss la pulak bershopping di Dubai..hahahaha..).
Walupon Opah tak kuat sangat untuk berjalan lama-lama dan jauh-jauh, Kay puas membawa Opah berjalan. Antara tempat yang Kay sempat bawak Opah ialah:
  1. 9hb - Opah tiba di Dubai
  2. 10hb- Kami berjalan ke Mall of Emirates menaiki Metro
  3. 11hb- Kami berehat di rumah sahaja. Sebab Opah penat.
  4. 12hb- Kami berjalan ke The Dubai Mall menaiki Metro (sebab rumah Kay ni sangat dekat dengan metro station)
  5. 13hb-Kami ke Deira City Centre dan makan Nasi Mandy di Restoren Tawasol
  6. 14hb- Kami ke Dubai Festival City dan Hard Rock Cafe.
  7. 15hb- Kami berehat sahaja di rumah.Ambil nafas dulu..hahaha
  8. 16hb- Seharian kami berjalan iaitu pada waktu pagi, ke Naif untuk membeli kain baju rayadan abaya. Pada waktu malam pula, kami ke Global Village.
  9.  17hb- Pada waktu malam kami ke Ibn Batuta MAll
  10. 18hb- Kami ke Abu Dhabi. Bertolak waktu pagi dan solat Jumaat di Sheikh Zayed Grand Mosque. Kemudian kami round Abu Dhabi dan singgah di Yas Island dan Ferrari World Abu Dhabi. Kemudian, balik ke Dubai untuk makan malam di Restoren Afghan Khorason.
  11. 19hb- Kami ke Lulu Hypermarket Al Barsha, kemudian bawa Opah melawat rumah lama Kay di area Al Barsha, kemudian terus ke Souq Madinat Jumerah untuk ambil gambar berlatar belakangkan Burj Al Arab, kemudian kami berkelah di tepian pantai Jumerah Public Beach dan untuk menutup aktiviti kami pada hari tersebut, kami ke Mercato Mall
  12. 20hb- Kami tak kemana sebab hari itu telah dikhaskan untuk membungkus barang0barang untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Semput tak baca aktiviti-aktiviti diatas? Hahaha..dalam keadaan Opah yang ala-ala tak larat tu, Kay heret jugak Opah ke sana- ke mari..Bukan hape..bila lagi nak berjalan..sementara dah ada kat Dubai ni, kita kasi habis la..Itu pun banyak lagi yang tak abes berjalan..
Apa-apapun, Kay berpuas hati dengan trip Opah.

Terima kasih kepada Lau Kong yang menjadi pemandu dan juga banker kepada Lau Kong. Hanya Allah yang dapat membalas nya...hehehe

Enjoy some of the pics!!!

Opah baru sampai dari Changi Airport ke Dubai Internatuiotional Airport. Opah dan Pak Andak datang naik Emirates Airline dari Singapore sebab tiket ada murah sikit jika dibandingkan dengan harga tiket yang naik dari KLIA.

Minum petang di Dunkin Donut @ Mall Of The Emirates

Opah naik travelator menuju ke The Dubai Mall

Minum sebentar di Kino's Cafe di The Dubai Mall sambil menantikan pertunjukan Dancing Fountain. Khadeejah Bella buatkan air kopi untuk Opah ker?

Beginilah ghoper bila makan nasi mandy..licinnn...hahaha

Lepas makan nasi mandy, Kay ajak Opah berjalan sikit ke kedai yang menjual cenderamata Dubai. Kami jalan-jalan cuci mata dan bulu mata saja. Tak beli apa-apa pun..

Teman Opah usha handbag di Dubai Festival City

Bergambar sebelum menantikan Dubai Festival City Light & Water Show.

Tua-tua Opah pon rock jugak tau..hahaha

Sebelum pulang, Opah bergambar dengan booth yang menjual purfume dan lotion yang berbau arab

Membeli baju raya untuk tahun 2013..Macam retiss..Datang ke Dubai untuk bershopping..hahahah

Kami mencuba skirt penari gelek..hahaha..try test je tapi tak beli pon..

Opah bergambar di Pavillion Malaysia..

Lepas pulang dari Naif, kami menuju ke Lifco iaitu supermarket di kawasan rumah Kay. Sebelum kesana, Kay ambil gambar OPah dan Pak Andak berlatar belakangkan bangunan-banguan tinggi di sepanjang Sheikh Zayed Road yang juga dikenali sebagai Heart of The City Dubayy

Ni kat dalam Ibn Batuta Mall di bahagian China. Tengok kat belakang tu..meriah dengan warna merah dan replika kapal belayar China.

Lau Kong dan Pak Andak solat Jumaat di Sheikh Zayed Grand Mosque. Kay dengan Opah berpeluang bersolat Zohor disini.Alhamdulillah.

Kay dan Opah jadi gadis litar F1..hahhaha

Dinner di Restoran Afghan Khorason. Tetapi pada Kay, Restoran Tawasol tetap di hati. Tapi Lau Kong suka kambing panggang di Afghan Khorason..Layan kan je la..hehehe

Kami membeli barang-barang yang hendak di bawa pulang ke Malaysia di Lulu Hypermarket Al Brasha. Opah tengah membelek-belek hot pot sebab senang nak simpan makanan lepas memasak.

Bergambar dalam Souq Madinat Jumeirah

Opah dan Pak Andak menikmati pemandangan Burj Al Arab

Mak dan anak lelaki nya seorang..

Posing sikit di Jumeirah Public Beach

Kami dalam kereta untuk menghantar Opah dan Pak Andak ke Terminal 3



No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...