Thursday, February 28, 2013

EIS International Day

Salam dan selamat petang..
Haa..agak lama Kay tak update blog!..
Bukan hape..sebab tak ada cerita!!..
Haa..hari ni Kay join aktiviti International Day yang diadakan di Emirates International School (EIS).
Terima kasih Kak Lili sebab menjemput Kay datang..
Ni kali pertama Kay datang ke aktiviti yang diadakan di International School Dubai...
Yelah sebab Khadeejah belom masuk sekolah lagi..Kalau dah masuk sekolah, mesti Kay tak menang tangan nak settlekan Khadeejah sekolah dan nak hapdet blog!
Selain dari Kak Lili, ada juga kawan-kawan lain yang menjemput Kay datang ke aktiviti International Day di sekolah yang berlainan. Tetapi memandangkan Kay tak ada driver (a.k.a Lau Kong), maka aktiviti-aktiviti seperti ini terpaksa dilupakan..
Apa-apapun, thank you Lau Kong sebab sudi bawak Lau Po ke International Day di EIS hari ini.
It was such an experience!! (ambil mood sebelum Khadeejah masuk sekolah..hahaha..walupon Khadeejah baru nak 1 tahun 11 bulan, tapi Kay rasa macam tak lama lagi je Khadeejah nak masuk sekolah! mood sedih pulakk)
Ok..cerita banyak-banyak tak best. So enjoy the pics!!

Sekian.
Ni lah Kak Lili yang cantik..terima Kasih sebab jemput Kay datang.. Di booth Malaysia, ada menghidangkan makanan-makanan Malaysia, antaranya Karipap Sardin, Karipap Daging, Kuih Lapis, Kueh Tiaw Goreng, Cucur Badak, Sirap Bandung!! memang meriah makanan nya dan memang untung la Kay datang!!


Yang ini pula, Kay di booth Russia. Kay try air teh dan sempat bergambar dengan penjaga booth dengan pakaian mereka. Kebetulan baju Kay pun sama warna purple!!
Kay bergambar di bahagian United Arab Emirates (UAE) pula...

Haa..tahu tak orang tu tengah masak apa? Orang tu tengah buat cekodok (atau jempot-jempot orang Arab la gitu..) Ramai yang sabar menanti untuk mendapatkan nya!! Sedap!!
Yang ini pula di Booth India..Kay cuba juga makanan mereka..Sebenarnya, banyak lagi booth yang Kay tak sempat nak pergi sebab ramai sangat orang dan Khadeejah nak dukung..Tapi kira puas hati juga dapat pengalaman di aktiviti ini..
Cantik tak budak Emirati tu dengan baju yang bercorak bendera UAE.
Haa..yang ini memang Kay puas hati..Sebab dapat bawa Khadeejah tengok secara dekat dengan Unta (Bahasa Melayu) / Jamal (Arabic)/ Camel (English)
Last but not least, bersama kawan-kawan Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...