Monday, April 29, 2013

Pengalaman mengundi secara pos di Dubai

Assalamualaikum dan selamat malam..
Haa..malam ni ni Kay nak kongsikan pengalaman Kay mengundi secara pos.
Alhamdulillah..Kay selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara.
Haa..sedikit maklumat..untuk melayakkan kita mengundi secara pos, kita perlulah menghantarpermohonan untuk mengundi secara pos (Borang 1B) kepada Suruhan Pilihanraya sebelum Parlimen dibubarkan.
Makanya, Kay telah menghantar permohonan 1 bulan sebelum Parlimen dibubarkan..
Hari ini bersamaan 28 April 2013, telah berlangsungnya undi pos di Consulate General, Dubai.

Waktu mengundi adalah dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Kay sampai ke Consulate General pada pukul 10.15 pagi. Nasib baik tak datang awal sebab kalau datang awal kena beratur kat luar dan panas (Kay berbual dengan Pemerhati).

Kay datang pukul 10 lebih bukan apa, sebab Khadeejah Bella belum bangun lagi pukul 9 pagi tu..

Kalau tdah bangun, Kay memang datang awal sebab lepas menjalankan tanggungjawab kepada negara, Kay ada temujanji dengan Doc pula..Khadeejah Bella selsema dan hingusnya kuning dan pekat..
Lepas mengundi, apa lagi, kami bersemangat la nak makan makanan Malaysia yang dijual di kantin.
Kay nak makan Nasi Lemak, tetapi lama sangat menunggu, kami pergi klinik dulu..

* Entry kali ni tak ada banyak gambar kerana tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit ke dalam..

Sekian.

Inilah Nasi Lemak yang dijual di kantin Consulate General Dubai. Sedap..Nasinya ok, sambal nya ok (Kay suka yang ini dari Sari Nusa)..Cuma ayam nya, Kay lebih suka di Sari Nusa http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/04/belacan-kiosk-and-sari-nusa-malaysian.html

Yang ini, Khadeejah Bella tengah diambil sampel hingus untuk dibuat ujian samada jangkitan virus atau jangkitan bakteria. Kay risau sebab kalau melarat, boleh berjangkit ke mata (pernah terjadi sebelum ini). Baik pula Khadeejah masa misi ni korek hidung dia..heheheh..Jumlah kos perubatan Kahdeejah Bella untuk kali ini (Consultation dan lab test ) ialah Aed 600

Antara ubat yang dibekalkan ialah Ocean Spray untuk membersihkan hidung sebelum letak ubat dalam hidung. Berharga Aed 33.50..Made in Germany. Sembur satu kali , 4 kali sehari selama 5 hari

Ni Nasal gel. Kay cium macam bau vicks..2 kali sehari selama 3 hari. Berharga Aed 11.50. Made in Switzerland.

Yang ini ubat makan, 10 titik, sekali sehari selama 5 hari. Berharga Aed 22. Made in Muscat, Sultanate of Oman

3 comments:

  1. Kay nk tanye price tuk nasi lemak kat consulate tu brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andi..yang itu tak dapat nak jawab sebab Lau Kong yang bayar dan Lau Kong tak tanya pulak berapa harga untu sebungkus. Lagipun kami makan 2 nasik lemak dan tapau 2 nasik ayam..so tak dapat nak trace berapa harga nasik lemak tu..that;s why Kay tak tulis hraga nasik lemak kt blog..heheh

      Delete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...