Thursday, June 13, 2013

Dinner at Applebee's at Sheikh Zayed Road Dubai

Assalamualaikum dan selamat tengahari,
Dah makan tengahari semua?
Kay masak gulai lemak ketam hari ni untuk lunch..
Untuk dinner, Kay tak plan lagi nak masak apa..
Kalau susah-susah, kita makan kat kedai saja la..
Kat area rumah Kay ni di Syeikh Zayed Road banyak restoren..
You name it, and you got it..
Ada kedai makan yang menghidangkan makanan Iran, Jepun, Asia..
Makanan barat jangan kata lah..memang banyak...
Haa..kali ni Kay nak kongsikan tempat makan yang agak best juga..
Untuk maklumat lanjut Applebee's boleh layari Wikipedia..ada maklumat lanjut di sana..
Apa-apapun yang Kay nak highlight di disini ialah, Applebee;s ni adalah rangkaian makanan dari Amerika dan ada beberapa cawangan di Asia..antaranya Arab Saudi, Qatar, UAE, SIngapore..Di Malaysia belum ada lagi..mana lah tahu akan datang Apllebee's akan bertapak di Malaysia..

Ok..cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pixx!!

Untuk dinner kali ni Kay nak makan makanan barat..kawan-kawan pun kata ribs di Applebee's memang sedap dan order satu boleh kongsi 2 orang..Makanya semalam merupakan kali pertama Kay ke Applebee's dan in sha Allah akan datang lagi...Sebenarnya Kay tiba-tiba je nak makan steak sebab tengok rancangan Masterchef Selebriti Malaysia ke 2 dimana cabaran pada episode ke 31 ialah makanan barat..Tengok Che Ta masak steak..jadi nak la makan steak..heheh..Nasib baik kat Dubai ni banyak restoren barat..pilih saja lah yang mana satu...Malangnya kumpulan Che Ta tewas dan kena ke pusingan penyingkiran...panjang pulak ulasan nya ...hihihi

We ordered Rib-eye New York Strip, Medium rare. daging rib eye di panggang begitu saja tanpa perapan. Dihidangkan bersama mashed potato dan veggies. Berharga 80-90 dirham kalau tak silap. Daging nya lembut dan tidak berbau. Bila rib-eye ni sampai, waitress tunggu dan suruh kami potong daging tersebut untuk melihat sama ada daging di panggang mengikut apa yang kami pesan pada awalnya. Memandangkan kami order medium rare, maka bila dipotong akan nampak warna pinkish dan kami berpuas hati...Khadeejah Bella dah tak sabar nak makan...tangan dia dah capai baby carrot..hihihi

Bismillah...

ini adalah ruangan untuk menyediakan minuman...

Selain steak ada juga burger...Cantik tak spek hitam Khadeejah? BAru beli tu sebab yang lama dah hilang....

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...