Thursday, August 29, 2013

Resipi Laksa Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi Laksa Johor..
Sememangnya Kay bukan la penggemar Laksa Johor..
Tetatpi disebabkan Lau Kong suka makan aneka mee, maka Kay belajar juga buat Laksa Johor....
Sememangnya lagi Kay belum pernah makan Laksa Johor yang sedap (sebab Mak tak pernah masak Laksa Johor..hihihi)
Selalunya kami beli di kedai atau pasar malam atau pasar Ramadhan yang kadang-kadang kuahnya cair dan sebagainya..Pendek kata tak sedap la..
Tetapi, semalam..Alhamdulillah..Subhanallah..Kay telah merasa kepuasan makan Laksa Johor..
Lebih puas sebab dapat belajar cara memasak dengan betul dan tertib..
Bukan apa..Laksa Johor ni juga dikenali sebagai "menu mewah"..
Ialah disebabkan bahan-bahan nak membuatnya memang banyak...
Jadi, dah alang-alang nak masak, biarlah masakan tersebut menjadi dan sedap..
Terima kasih kepada Kak Rashidah mahzan yang sudi turun ke padang untuk mengajar kami anak-anak muda..Semoga ilmu yang bermanfaat ini menjadi bekalan di akhirat.
Semoga apa yang Kay kongsikan didalam blog ini dapat menjadi panduan kepada anda semua dan juga sebagai amal ibadah bila ilmu ini dipanjangkan dan dikongsikan.

"Apabila seorang manusia telah meninggal maka putuslah amalnya, kecuali 3 hal: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat sesudahnya dan do'a anak yang soleh"

Apa yang Kay kongsikan ini adalah satu per satu siap dengan gambarajah untuk lebih faham.
Makanya akan ada banyak gambar menyusul dibawah nanti.


p/s:  Nisbah bahan yang Kay gunakan agak banyak sebab Kay belajar ramai-ramai (lepas kami masak, kami bawa balik untuk di kongsikan dengan suami masing-masing..hihihi). Jadi kalau nak masak sikit, boleh lah dikurangkan nisbahnya.


Bahan-bahan:

Kuah Laksa Johor:
  1. Ikan Kembung 2 kilo
  2. Udang kering
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Halia
  6. Serai
  7. Belacan
  8. Lengkuas
  9. Daun Kari
  10. Serbuk kari ikan
  11. Serbuk kari ayam
  12. Santan Kelapa
  13. Kerisik
  14. Asam keping
  15. Gula
  16. Garam
  17. Ajinomoto atau Penambah rasa
  18. Air
Spaghetti
  1.  Air
  2. Garam
  3. Minyak
  4. Spaghetti
  5. Butter
Sambal Belacan
  1. Cili merah
  2. Cili padi
  3. Belacan
  4. Bawang besar
  5. Limau nipis
  6. Air
  7. Minyak
  8. Gula
  9. Garam
Ulam-ulaman:
  1.  Timun
  2. Daun kesum
  3. Daun selasih
  4. Limau nipis
  5. Taugeh
Cara-cara sila perhatikan gambar dibawah:

Sebelum mula sesi pembelajaran, kami berposing dulu untuk ambil mood memasak...Sambil-sambil berposing, tangan tu ligat ye menyediakn bahan-bahan yang diperlukan...



Bahan-bahan yang perlu dihiris atau mayang sebelum di masukkan dalam pengisar untuk dikisar sehingga halus.


(TIPS) Sila buangkan lapisan serai yang keras dan sila hiris serai sehalusnya supaya bila dikisar, tiada serat-serat. Kalau ada serat-serat, masakan akan berbulu dan tidak cantik dipandang. (TIPS) Jika dilihat secara kasar, bawang merah nisbahnya ialah 2/3, bawang putih ialah 1/3 dan halia ialah 1/2 daripada bawang putih. Faham tak? (TIPS) Belacan digunakan sedang-sedang, jangan sikit sangat nanti tak berasa pula..Pandai-pandai la agak.. (Memasak ini memerlukan ilmu dan pengalaman serta latihan..Makanya sila lah rajin-rajin belajar dan memasak...hehehe
Dalam bekas kuning itu ialah stok ikan yang terdiri dari 2 kilo ikan mackarel. Kalau di Malaysia kita gunakan ikan kembung. Penyediakan stok ikan ialah dengan membersihkan ikan dengan membuang perut dan cuci bersih. Kemudian masukkan air, garam dan asam keping untuk hilangkan hanyir. Bila dah siap direbus, buangkan kepala dan tulang ikan. Ambil hanya isinya dan dikisar halus. Udang kering juga dikisar bersama-sama dengan isi ikan. (TIPS) Kalau nak lebih sedap, kepala ikan dan tulang ikan bersama air rebusan tadi dikisar, dan ditapiskan.
Untuk bahan tumisan, kita juga perlukan serbuk kari ikan dan serbuk kari daging. Kay gunakan serbuk kari dari Malaysia. Bukan tiada serbuk kari di Dubai ni. Ramai warga India di Dubai. Cumanya rasa adunan serbuk kari Malaysia ada sikit berbeza dengan adunan serbuk sebab serbuk kari di Dubai ni diimport dari negara India!
Didalam satu bekas, satukan bahan-bahan yang telah dikisar dengan 5 sudu besar kari daging dan 2 sudu besar kari ikan. (TIPS) Selalunya dalama masakan kira gunakan perkiraan GANJIL. Cuma berbeza untuk cili, mengikut petua, perlukan bilangan yang genap untuk kurang pedas.
Setalah bahan kisar dan serbuk kari daging dan ikan dicampurkan, gaulkan sehingga sebati. Tambahkan 2 tangkai daun kari. (TIPS) Biakan adunan bahan tumis itu dalam 15- hingga 30 minit supaya adunan MESRA! Bukan suami isteri je kena mesra, masakan pun perlu MESRA supaya sedap.  hihihi
Pastikan minyak benar-benar panas. (TIPS) Renjiskan sedikit bahan tumisan .

Kacau bahan tumisan perlahan-lahan. (TIPS) Kacau dengan melawan arah pusingan jam seperti kita bertawaf. Baca Bismillah 5 dan berselawat.
Bila tumisan sudah garing, masukkan stok ikan bersama udang kering. Masukkan santan 1 tin setengah untuk 2 kilo ikan. Masukkan juga 4-5 asam keping

(TIPS) Cepat-cepat masukkan air supaya kuah tidak BERGENTEL-GENTEL!

Masukkan lengkuas. (TIPS) Lengkuas diketuk atau titik. Bukan dikisar. Buangkan batang lengkuas. Cuma ambil isi lengkuas sahaja.

Beginilah rupa kuah Lakso Johor. Cantikkan? (TIPS) Sila perhatikan masa awal-awal, kuah berwarna kuning cair.

Masukkan kerisik. Untuk 2 kilo ikan, gunakan dalam 1 cawan kerisik. Kalau lebih pun tak mengapa. Dalam masakan ni tak boleh lokek (Orang Johor cakap lokek atau pun KEDEKUT) hhehehe

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Gula sedikit.

Serbuk perasa juga. Kita tamat bahagian buah kuah Laksa Sarawak. Berikutnya kita buat spaghetti pula...
Pastikan air mendidih. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.

Masukkan spaghetti.

Bila dah siap masak, toskan. (TIPS) Jangan dibilas dengan air sejuk sebab rasa spaghetti akan hilang. Gaulkan spaghetti yang telah siap direbus dengan butter. Kalau takada butter, minyak pun boleh.

Sekarang, tiba lah masanya untuk menyediakan spaghetti bagi tujuan untuk dihidangkan dengan menarik. (TIPS) Gunakan 2 garpu dan pusingkan spaghetti..

Inilah rupa spaghetti yang telah siap digulung. Kak Rashidah panggil stu gulungan tu dengan nama "chap". Kiranya dalam bekas hidangan tu ada 6 chap. Nampak tak? Cantik dan kemas bukan? Lagipun, bila kita gulung, maka mudah untuk ambil mas makan nanti. Siap sudah bahagian spaghetti. Berikut ialah cara membuat sambal belacan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buah sambal belacan ialah cili merah 6 biji, cili padi 4 biji. (TIPS) Pastikan bilanagn cili yang digunakan adalah genap untuk kuarang pedas. 1 labu bawang besar dan belacan.

Potongkan semua bahan-bahan. Potong secara kasar. Tak payah hiris halus.

Kemudian goreng tanpa minyak belacan. Kemudian amsukkan cili dan bawang yang tealh dipotong. Goreng sampai layur. Masukkan sedikit minyak untuk cepatkan proses menggoreng.

Bila dah siap goreng, masukkan dalam pengisar bersama air perahan liamu nipis dan sedikit air supaya pengisar boleh berpusing. Kalau sikit sangat air, pengisar tak boleh berpusing pulak..heheh..Garam dan gula juga dicampurkan mengikut cita rasa. Selesai sudah bahagian sambal belacan. Akhir sekali ialah penyediaan ulam-ulaman.
Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan. (TIPS) Untuk sayur-sayuran kekal segar, kita rendamkan dalam air yang dicampur dengan sedikit gula.

Nak hiris timun bagi Laksa Johor ni ni sebarangan.. Ada teknik-teknik nya. Sila perhatikan gambar diatas. Timun di kupas kulit bukan keseluruhannya. Kupas berselang seli supaya nanti hirisan timun kita nampak hijau dan cantik. Kemudian potong timun ikut gambar diatas. Bahagian dalam timun tak diperlukan. Kita hanya perlu bahagian luar timun.

Selepas kita dapat bahgian luar, kita gulungkan bersama dan hiriskan halus. Hiriskan juga daun kesum dan daun selasih. Tidak ketinggalan limau nipis.

Lepas dah siap hiriskan segala ulam-ulaman, hidangkan diatas tempat yang sesuai. Untuk pengetahuan, bekas yang digunakan untuk letak ulam-ulaman tu merupakan hadiah perkahwinan tuan rumah, Shidah yang bertudung purple tu.. hehehe..

Haa..inilah hasilnya.. sedap dan cara penghidangan yang menarik!!MAk Mertua lalu pun tak sedar bila makan Laksa Johor yang resipinya di ajar oleh Kak Rashidah Mahzan!! Lau Kong pun cakap TERLEBIH SEDAP!!

Terima kasih tak terhingga kepada Kak Rashidah Mahzan. Kami semua amat berpuas hati dengan segala yang diajarkan oleh Kak Rashidah. Semoga kita bertemu lagi di episod kelas memasak seterusnya..heheheh







Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Assalamualaikum....nampak sedap jer laksa johor tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. Memang sedap.. Hihi.. Puas hati dpt belajar..

      Delete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...