Sunday, March 16, 2014

Happy Arabic Mother's Day 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Enttry kali Kay nak tulis serba sedikit pasal emak Kay dan emak mertua Kay bersempena dengan Arabic Mother;s Day..

Arabic Mother's Day? 
Hari Ibu di kebanyakan negara Arab (seperti Bahrain, Palestin, Libya, Kuwait, Iraq, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Yaman, Lebannon, Jordan, Somalia, Sudan, Djibouti, Camaros, Mauritania dan Emiriyah Arab Bersatu) disambut pada 21 March, hari pertama musim bunga di hemisfera utara...

Serba sedikit pasal Arabic Mother's Day ni ia mula diperkenalkan oleh seorang journalist Egypt bernama Mustafa Amin di dalam bukunya bertajuk Smiling America (1943). Tetapi idea tersebut terlepas dari pandangan pada waktu itu. Kemudian, Amin terdengar cerita berkenaan ibu tunggal yang memberikan sepenuh hidupnya kepada anak lelakinya sehingga menjadi doktor. Kemudian anak lelaki itu berkahwin dan meninggalkan ibunya tanpa membalas balik kebaikan yang telah ibunya lakukan.

Setelah mendengar cerita tersebut, Amin bersemangat untuk menghidupkan "HAri Ibu". Idea tersebut dipandang sinis oleh President Gamal Abdul Nasser tetapi akhirnya beliau menerima idea tersebut dan ia mula diraikan pada 21 MAc 1956. Praktis ini kemudiannya diikuti oleh negara-negara Arab yang lain.

Bila Mustafa Amin di tangkap dan dipenjarakan, ada usaha untuk menukar nama Hari Ibu ini kepada Hari Keluarga, kerana kerajaan mahu menghalang sambutan Hari Ibu itu mengingati pengasas nya iaitu Mustafa Amin. Tetapi usaha tersebut gagal dan sambutan masih popular dan diteruskan sehingga ke hari ini.

(Sumber Wikipedia)

Haa...Itu serba sedikit info berkenaan Hari Ibu yang disambut di negara Arab..
Bila Hari Ibu, semesrtinya kita mengingati ibu kita..tidak semestinya pada hari ibu sahaja kita mengingati ibu, sepatutnya hari-hari kita kena ingat..Sedekah kan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa bukan bila mereka sudah meninggal..tetapi semasa mereka hidup dan kita membacakan doa kepada ibu bapa..(boleh cari di internet untuk doa kepada ibu bapa..)

Entry kali ni Kay nak tulis serba sedikit pasal kegemaran dan kesukaan mak Kay yang bernama Noormah Binti Hj Ahmadiah a.k.a Opah (sebab dah bercucu 2 orang..heheh)

Pertama-tamanya Kay bersyukur kerana mak masih hidup lagi.Pada mak lah Kay tanya berkenaan rumah tangga. Pasal penjagaan anak dan sebagainya. Alhamdulillah ...Semoga Mak diberikan kesihatan dan diberkati Allah..Amin.

Serba sedikit yang Kay tahu pasal kegemaran mak ialah Mak suka makan kuih pulut panggang dan Badak Berendam.
Mak suka tengok Cerekarama dan masa dulu, masa Kay budak-budak Mak suka tengok cerita bertajuk Dominan dilakonkan oleh Rashidah Mahzan dan Sidi Oraza.
Mak dulu masa zaman sekolah dan  muda-mudi memang aktif dan pandai bersukan. Dari bola jaring, ping pong, carom, hoki dan badminton. Memang pandai dan ada skil. Walaupon dan tua, tapi skil tu masih ada dan kalau tengok astro, channel Sukan Astro Awani memang menjadi kegemaran beliau lah.. Nanti Mak lah yang jadi tukang komentar kedua...hahahah...
Walaupun minat mak pada sukan, tetapi dia tak galakkan kami adik beradik bersukan sangat.. Mak suruh kami fokus pada pelajaran...Makanya kami adik beradik kaki bangku (kecuali adik Bogsu yang aktif dalam Karate..tali pinggang hitam tuuu..jangan main-main karang kena ketis hehehe) tetapi Alhamdulillah kami adik beradik berjaya dalam pelajaran dan masing-masing bekerjaya (kecuali Kay , belajar tetapi memilih untuk menjaga rumahtangga.) Apa-apapun Mak sudah memberikan pelajaran yang secukupnya kepada kami adik beradik dan kami kena berusaha seterusnya disamping mengekalkan hubungan silaturrahin antara adik-beradik.
Jauh dari sudut hati mak, semestinya mak tak mahu anak-anak bergaduh adik-beradik. Semoga kami semua adik -beradik dapat bersatu hati..(pesanan mak..)

Lagi satu pesanan Mak dapa Kay ialah supaya cucu-cucunya diajar mengaji. Menurut cerita mak yang dibesarkan oleh arwah atuk, Hj Ahmadiah, masa dulu-dulu di kampung, walau sepenat mana pun arwah Atuk selepas balik dari menoreh getah, arwah Atuk mesti suruh anak-anaknya membaca paling kurang, satu muka surat...

Makanan kegemaran yang Kay suka Opah masak ialah Dalca, Terutop Ikan Jaket, dan Siput Sedut Masak Lemak atau sambal...hehehe..(Masa mengandungkan Khadeejah Kay sempat minta Mak masakkan sipot sedot..hahaha)


Last but not least, tahun ini, Opah genap berusia 60 tahun..Dalam usia sebegini, Opah bukan nya kuat seperti zaman muda mudi bersukan, Kay pun risau kalau Opah nak melayan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella..Bukan nya Opah boleh dukung  mereka lama-lama..Sakit tulang belikat Opah nanti weyh...Sekarang ni pun Opah tak boleh berdiri lama-lama dikhuatiri kaki bengkak. Dan memerlukan seseorang kalau nak buat kerja...Alhamdulillah Mak Adik (Adik Opah yang bongsu berada dengan Opah untuk dijadikan peneman dan menolong serba-sedikit)

p/s: Tak sabar nak balik berpuasa dengan Opah dan Opah Adik..Nak bertaddarus dengan Opah..

Ok..itu serba sedikit cerita pasal Mak Kay..Kemudian Kay nak kongsikan serba sedikit kegemaan Mak Mertua Kay yang bernama Latifah Binti Abdullah a.k.a Nenek...

Pertama-tamanya, Kay bersyukur kerana diterima untuk menjadi menantu kepada Puan Latifah..Bukan apa, Lau Kong merupaka satu-satunya anak lelaki Nenek. Semestinya Nenek amat sayangkan anak lelaki beliau dan juga anak perempuan nya yang seorang tu. Mak Mertua hanya mempunyai sepasang anak...hihihi..

Resipi pertama yang Kay belajar dari Nenek ialah Buttered Prawn.

Makanan kegemaran Nenek ialah Ayam goreng di Restoren Sugar Bun (ni macam KFC la..tapi Sugar Bun ni kat Sarawak, dulu Sugar Bun ada di Semenanjung Malaysia tetapi sekrang dah tak ada..). Bahagian yang Nenek suka ialah kepap ayam dan paha ayam.
Nenek kurang makan nasi sebab kena jaga pemakanan sebab ada kencing manis. Kalau tak ada selera makan, Nenek akan buat bubur kacang hijau. Dia suka makan bubur kacang hijau!!
Selain dari kacang hijau, Nenek suka  makan kuih-kuih  atau biskut-biskut...(tetapi kena dihadkan..tak boleh makan banyak-banyak..)

Rancangan kegemaran Nenek ialah cerita Cina semestinya!! Cerita cina yang bersambung-sambung tu yang beratus-ratus episod tu!!!..

Penyanyi kegemaran Mak Mertua ialah Teresa Teng. Teresa Teng tu dah mati sebab cancer. Kay pun suka satu lagu Teresa Teng yang bertajuk The Moon Represents My Heart..

Nenek ni pandai memasak, menjahit dan ada skil menyusun atur rumah..Mata Nenek pun pandai menilai barang..Selalunya Kay kalau nak beli baju atau barang, mesti tanya pendapat beliau dari segi warna ataupun design..Kalau nak pakai mata Kay ni, alamatnya mesti tak cantik..hahahah

Itu sahaja yang Kay dapat kongsikan..Kalau nak cerita banyak-banyak tak habis..hehehe..

p/s : Tahun lepas kami sambut Arabic Mother's Day di Dusit Thani Hotel sila klik
 http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Arabic%20Mother%27s%20Day%20Dinner%20at%20Benjarong%20Dusit%20Thani


Yang gambar Opah masa tahun lepas..Opah datang berjalan di Dubbai..Masa tu kami berkelah di Jumeirah Public Beach

Yang ini gambar Nenek di Moodle Bowl..Nenek makan Nasi Ayam..licin..memang sedap nasi ayam nya...Gambar baru-baru ni sebab Nenek datang ke Dubbai untuk sambut cucu kedua disamping menjaga Kay berpantang..
Yang ini Nenek di Resoten Chili's yang terletak di Syeikh Zayed Road sambil memangku Ayshah Bella yang hampir memasuki 3 bulan...

1 comment:

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...