Tuesday, December 30, 2014

Resipi Lemak Sardin Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Heheh
Dah makan? Tak tahu nak masak apa?
Ok.. Entry kali ni Kay nak berkongsi resipi masak lemak..
Masak lemak apa? Ikan? Ayam?
Haaaa... Masak lemak ikan sardin dalam tin.
Kay bersemangat nak tulis entry ni sebab harini merupakan kali pertama Kay buat masak lemak ikan sardin. 
Kay tak biasa makan lemak sardin..
Haaa.. Kat dubai baru pandai makan dan pandai masak... Chewahh..
Emak Kay selalu masak lemak siput sedut dengan keladi sebab Bak suka makan siput sedut.. Kay pun suka makan siput sedut!!!
Kay pernah la masak lemak ayam dan masak lemak ikan tapi macam kurang sedap...

Ok.. Cerita banyak banyak tak best..
Lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Sardin dalam tin merupakan bahan utama dan penting untuk resipi ini. Kay gunakan sardin cap Ayam yang dibawa khas dari Malaysia. Kay bawa bebeapa tin sahaja. Tak bawak banyak sebab berat beg nanti. Kay simpan simpan juga sardin cap ayam ni. Sebab di Dubai ni, Kay tak pernah jumpa lagi sardin cap ayam. Sardin jenama lain ada.. 

Ini adalah salah satu sardin yang ada di Dubai. 
 Produk keluaran Thailand. Selain dari keluaran Thailand, ada juga produk keluaran Filipin.

Ini adalah santan pekat bersama cili padi dan kunyit hidup yang ditumbuk. Kalau tak ada kunyit hidup, boleh gunakan serbuk kunyit. Kalau nak bagi anak- anak makan masak lemak ni dan tak nak pedas, boleh gunakan cili merah yang dipotong (tips yang diberikan oleh Wan/ Kak Rose, tuan empunya resipi.. Orang Jati Nogoghi Sembilan).
Cara- cara memasak ialah... Santan bersama cili padi dan kunyit dimasukkan dalam periuk dan masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan keseluruhan sardin bersama sos/air nya. Kemudian masukkan daun pegaga dan terus tutup api. 

Untuk resipi ini, Kay masukkan daun pegaga. Haa.. Nak cerita sikit pasal daun pegaga ni.. Kay jumpa daun pegaga ni di Carrefour, Mirdiff City Centre. Kay beli 2 ikat. Satu ikat berharga 95fils. Kalau dibundarkan, berharga 1 dirham. Menurut lidah Kay ni, rasa daun pegaga ni tak sama seperti daun pegaga di Malaysia. Bentuk daun memang sama. Selain dari Carrefour, pegaga ni boleh didapati di Lulu ataupun Spinneys. Untuk masak lemak sardin, Kay gunakan 1 ikat. Lagi 1 ikat, Kay buat kerabu pegaga. Untuk resipi boleh klik

Tadaaa... Inilah hasilnya. Kay tak kacau sangat ikan sardin tu sebab tak nak hancur ikannya. Alhamdulillah.. Sedap. Terima kasih Kak Rose/ Wan (sebab dah ada cucu, tapi awet muda sebab suka makan ulam-ulaman. Resipi Kerabu Pegaga yang Kay kongsikan juga merupakan resipi Kak Rose). Semoga ilmu memasak yang dikongsikan oleh Wan menjadi amal jariah. Amiin.


Sebelum memasak gulai lemak ikan sardin ni, banyak juga soalan yang Kay ajukan pada Wan. Sebab Kay ada baca resipi dari blog orang lain. 
Tapi Kay nak juga buat cara masakan Wan yang merupakan anak jati Nogoghi.
Sila baca penerangan dari Wan yang telah Kay edit sedikit...

Kay, bawang- bawang ni tak payah...
Serai hanya untuk gulai daging, ayam dan seafood je tak termasuk ikan ok...
Santan pekat sikit supaya bila masuk the whole sardin, gulai tak cair...
Kunyit hidup tumbuk dgn cili api...
Guna asam keping sikit je tak ada asam keping pakai perahan limau pun boleh..
Gulai tak cair..
Tak de kunyit hidup boleh letak serbuk kunyit masa menumbuk cili tu.
Sedap juga untuk gulai sardin je ye masukkan hirisan bawang besar bila nak tutup api dah..
Kay kalau untuk Khadeejah mkn jgn letak cili pun ok, letak santan je dgn cili besar hiris...kacau santan tu dah elok mengelegak masukan the whole ikan sardin...
Kalau nak masuk ubi kentang, elok rebus ubi biar lembut sikit baru masukan..sebab gulai ni tak payah lama masaknya..
Yes Eijah (seorang kawan di Dubai, juga bertanyakan pasal resipi masak lemak Noghogi), no bawang, just kunyit dan serai n halia bila perlu je dan tengok benda apa kita masak,yang penting santan kena lemak, jangan cair dan dari semasa ke semasa kena kacau selalu jangan pecah santan berkepala...


P/s: sedap juga makan roti canai/roti/capati cicah dengan lemak sardin

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...