Tuesday, March 17, 2015

Pengalaman Kali pertama ke Health Centre Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa kahaber semua?
Semoga sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama Kay ke klinik kesihatan kerajaan Dubai.
Selama hari ini, Kay selalu ke Klinik ataupun hospital swasta.
Ceritanya begini...

Maaf tiada gambar sebab Kay tak bawa kamera dan iphone penuh. Makanya Kay tak dapat snap gambar.

Al Kisah..
Petang semalam dalam waktu Asar nak ke Maghrib Khadeejah mengadu sakit gigi.
Kay tengok mulut Khadeejah. Ingat mata ikan/ ulser.
Kay tak nampak ulser tapi Kay sapu juga la Bonjela ditempat yang Khadeejah tunjuk sakit tu.
Lepas tu, Khadeejah diam sekejap.
Lepas tu Khadeejah mengadu sakit gigi lagi.
Memang gigi geraham belakang belah kanan Khadeejah berlubang agak besar.
Kami dah buat servis gigi dan tampal masa balik raya yang lepas.
Mungkin Kay kurang menjaga kebersihan gigi Khadeejah dan Khadeejah amat suka akan makanan manis seperti cokelat (terutamanya Kisses Hersye's) dan donut, makanya masalah gigi berlubang semakin melarat.
Pagi tadi, semasa Kay di kelas Tajweed, Khadeejah mengadu sakit gigi lagi. Dia pegang pipi belah kanan.
Masa di metro station tadi, Kay belikan sebiji Dunkin Donut seperti biasa.
Memang menjadi kewajipan Kay belikan Khadeejah sebiji Dunkin Donut sebab dia ikut Kay ke kelas mengaji. Tapi Khadeejah tak makan pun donut tersebut. Dia gigit sedikit sahaja.
Kay susah hati. Memang sakit gigi, Kay risau sikit sebab kalau ulser dalam mulut pun orang dewasa kadang-kadang tak boleh tahan. Inikan pula kanak-kanak yang sakit gigi.
Haa..Cakap pasal sakit gigi, Kay teringat bapa mertua yang agak takut berjumpa doctor gigi..hehehehe..Mungkin dia ada pengalaman yang sukar dilupakan masa kecil kot.

Alhamdulillah..Sempat juga Kay belajar Tajweed dan terus pulang ke rumah.
Terima kasih Wan/ Kak Rose/Kak Ome yang sudi tumpangkan Kay ke stesen metro Sharaf DG.
Pukul 10 pagi sampai di rumah. Terus mandikan Ayshah Bella dan buat apa yang patut.
1030 pagi Kay turun ke bawah rumah dan tahan teksi untuk ke Al Badaa Health Center yang terletak berdekatan dengan GEMS Primary International School.
Landmark yang berdekatan ialah Satwa Park dan juga Union COOP.
Al Badaa Health Center ni tidak la jauh sangat dari rumah Kay. Boleh Nampak dari balcony rumah.
Kalau nak jalan kaki pun boleh. Mungkin dalam 20-30 minit.
Kalau nak naik metro pun boleh juga. Cuma 1 station. Iaitu dari Emirates Tower ke Financial Center.
Memandangkan Kay tak ada buat temujanji dan nak cepat, makanya Kay naik teksi dan membayar harga minimum teksi iaitu 12 dirham (teksi besar Innova). Kalau teksi kecil (Camry mungkin 10 dirham).
0

1045 Kay dah register dan bayaran yang dikenankan untuk pendaftaran ialah 250dirham.
Untuk pendaftaran, Kay hanya berikan Emirates ID pesakit iaitu Khadeejah Bella.
Kay cuak juga sebab tak buat temujanji dan datang terjah sahaja.
Pukul 12 tengahari baru Kay dapat masuk ke bilik dentist.
Mungkin Kay ada terlepas masa panggilan pertama.
Haa..Di Health Center ni tiada system nombor. Macam di Malaysia ada papan nombor digital kan?
Bila kita buat pendaftaran di Malaysia, kita akan dapat nombor. Bila nombor tertera dipapan, kita akan masuk ke bilik doctor bukan?
Di Al Badaa Health Center tak ada. Pesakit akan duduk di bilik menunggu.
Haa..Bilik menunggu dibahagi kepada 2 iaitu satu untuk wanita sahaja. Lagi satu untuk lelaki sahaja.
Dalam bilik menunggu tadi ada TV yang ada siaran bacaan Al Quran.
Ramai orang Arab (Emirati) yang masuk di bilik menunggu. Semua pakai abaya hitam.
Setiap kali pesakit wanita masuk ke bilik menunggu, mereka pasti akan beri salam!
Masa menunggu giliran agak lama juga sebab mungkin Kay terlepas panggilan pertama.
Alhamdulillah Khadeejah ok dan tak banyak kerenah.

Bila masuk dalam bilik dentist, Kay Nampak ada 2 orang doktor dan 1 nurse.
Seorang doktor wanita bernama Khulud (yang bermaksud eternity) dan seorang doktor lelaki bernama Umar.
Bilik luas dan selesa.
Dr Khulud periksa dan memberitahu gigi Khadeejah berlubang dan dah terkena saraf. Itu yang menyebabkan Khadeejah berasa sakit. Memang besar lubang di gigi Khadeejah tu. Sebelum ini gigi geraham tersebut sudah ditampal di Malaysia.
Doktor mencadangkan untuk buat root canal (matikan saraf gigi).
Kalau gigi Khadeejah dicabut, dikhuatiri akan menyebabkan bila gigi  kekal tumbuh, ia akan mengakibat lebih banyak masalah (gigi tidak teratur) seterusnya akan memerlukan banyak perbelanjaan kalau nak buat braces dan sebagainya.
Makanya Kay bersetuju untuk buat root canal. Seterunya dipasang stainless steel crown.
Bila buat root canal, gigi tidak kuat. Maka crown dipasang supaya gigi kukuh.
Gigi geraham kanak-kanak akan tercabut pada usia 9 tahun.
Minggu depan, 25 March 2015, Khadeejah Bella genap 4 tahun. Ada lagi 5 tahun untuk gigi geraham nak cabut...Lama tu..
Itu yang Kay tekad nak buat root canal dan crowning.
Kalau tampal sahaja takut tak lama dan terhakis.

Saat-saat yang merisaukan Kay ialah bila nak inject ubat bius.
Alhamdulillah Khadeejah tak menangis langsung masa kena inject!
She is a strong girl! Tak takut doktor gigi!
Sebab sebelum ini Khadeejah dah pernah ke klinik gigi.
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/07/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html

Semua urusan dipermudahkan. Dalam pukul 1 tengahari segalanya tamat.
Jumlah keseluruhan ialah 1000 dirham. Dimana 250 dirham untuk pendaftaran. 750 dirham untuk root canal dan crowning.

Alhamdulillah sekarang Khadeejah tak mengadu sakit dan dah boleh makan.
Minggu depan Khadeejah Bella boleh makan kek birthday dengan aman.
Kay bercadang nak tempah kek coklat.

Sekian terima kasih.

p/s: Jangan lupa jaga kebersihan oral.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...