Tuesday, March 3, 2015

Resipi Mee Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah masak?
Tiada idea nak masak apa?
Nak makan mee?
Jom masak mee kari..
Entry kali ini Kay akan kongsikan resipi mee kari yang Kay belajar dari Kak Nurrul.
Terima kasih kerana sudi ajarkan Kay (one to one coaching). Semoga ilmu memasak yang dikongsikan menjadi amal jariah dan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Untuk pengetahuan, ibu kepada Kak Nurrul ada kedai makan. Menjual pelbagai jenis makanan antaranya asam pedas dan Mee Kari Ketam merupakan antara menu yang terkenal.

Tetapi resipi yang Kay kongsikan ini, Kay pakai udang.
Masa kami memasak bersama, Kak Nurrul berkongsikan pengalaman lucunya masa buat mee kari.
Iaitu, bila hendak dimasukkan udang atau ketam, Kak Nurrul termasukkan ikan pari yang telah siap dipotong dan dibersihkan. Apa lagi, marah la ibu Kak Nurrul yang sememangnya garang!!
Disebabkan dah masukkan ikan pari, makanya makan lah juga kari ikan pari tersebut. heheh

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.




Untuk tumisan, gunakan beberapa helai daun kari, 1 batang kayu manis, beberapa biji buah pelaga, beberapa kuntum bunga lawang. TIADA bunga cengkih.
Bersebelahan bahan-bahan tumisan ialah 1 biji kentang yang di potong dadu.

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan dan 1 sudu besar cili kisar.

Masukkan bahan kisar yang terdiri daripada bawang besar, bawang putih dan halia.

Masukkan 2 sudu besar udang kering yang telah dikisar halus.

Sementara menunggu bahan kisar ditumis, hiriskan 1 batang cili hijau dan 1 batang cili merah.

Agak agak bahan kisar telah garing, masukkan 4 sudu besar serbuk kari daging dan 2 sudu besar kari ikan. Masukkan sedikit air.
P/s: kami menggunakan rempah kari jenama Baba's

Kacar adunan yang telah dicampur serbuk kari sehingga sebati dan biarkan rempah masak ( pecah minyak).

Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu.

Masukkan 1 tin coconut krim.

Kemudian masukkan 1 tin kecil susu cair atau dalam bahasa Inggeris, evaporated milk.


Tambahkan air jika perlu dan masukkan bahan perasa iaitu garam, pati ayam dan sedikit asam keping.

Sedikit asam keping? Macam mana saiz nya? Seperti saiz diatas. Kecil sahaja. Kalau letak besar, takut masam nanti.

Masukkan cili hijau dan cili merah yang telah disiap di belah dua.

Masukkan udang segar yang telah dibuang kulit.

Masukkan bebola ikan.
Kalau ada tauhu kembang, boleh masukkan. 
Memandangkan di Dubai Kay tak pernah jumpa tauhu kembang tu, makannya Kay letakkan tauhu yang telah siap digoreng.


Tada.. Inilah hasilnya.. Sedap dan Lemak berkrim dan cukup rasa. Sekian terima kasih dan selamat mencuba!!



No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...