Saturday, November 4, 2017

Mesyuarat AJK Majlis Konvokesyen TASKI Tahfiz ABIM MIRI ke 31

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Sabtu, Kay menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Taski Tahfiz ABIM Al Hidayah Miri.

Sesungguhnya tahun ini merupakan tahun kedua Khadeejah belajar di ABIM, mengikuti kelas Tahfiz di waktu petang ( 2 petang - 5 petang, Isnin--> Jumaat)

Tahun lepas, Kay mengikuti majlis ini sebagai tetamu.
Tetapi tahun ini,  Kay bersetuju untuk menjadi AJK.

Antara maklumat yang Kay dapat tadi ialah...

Tarikh: 12 November 2017 
Tempat: Dewan Suarah Miri. Tingkat 3. (Untuk mendapatkan tempat ini, pihak sekolah telah membuat booking 1 tahun awal)
Waktu: 730 pagi hingga 12 tengahari. (Sila datang awal, terutamanya jika ada anak anak membuat persembahan. Ada kes dimana pelajar yang menjadi penyanyi utama, datang lewat, sekaligus merosakkan perjalanan majlis).

Tempat duduk tetamu adalah bercampur lelaki perempuan. Atau lebih elok sikit bunyinya ialah boleh duduk dengan keluarga masing masing.
Dengan ini, para tetamu dapat menikmati persembahan anak anak dengan keluarga yang dicintai.
Bila boleh duduk bercampur, sila lah jaga adab masing masing.

Tempat makan ada 4 bahagian iaitu 1 di kiri, 1 di kanan, dan 2 di belakang dewan.
2 meja makan untuk tetamu lelaki, dan 2 meja makan untuk. tetamu wanita.
Jangan risau, juru acara akan membuat pengumuman sebelum acara makan bermula.

Pengalaman Kay tahun lepas, memandangkan perlu datang awal, seeloknya ibu bapa bawa sedikit bekalan seperti roti /biskut dan yang paling penting air masak.

Untuk anak anak yang membuat persembahan, ada air disediakan. Boleh minta pada AJK makanan yang bertugas.

Untuk makan, pihak sekolah menyediakan kari dan juga roti bantal.
Makanan yang lain ialah potluck. Pembahagian makan potluck adalah mengikut kelas. Tak silap, tahun lepas, kelas Khadeejah perlu bawa buah buahan.

Keselamatan.. Ada AJK keselamatan. Memandangkan majlis ini di tingkat 3 iaitu 100 kaki, AJK telah diingatkan untuk memastikan setiap tingkap di tutup.
Pesanan lain ialah, ibu bapa perlu menjaga keselamatan anak masing masing. Jangan terlalu asyik ambil video anak yang membuat persembahan,  sehingga terlupa anak anak yang lain.

Pakaian--> pakailah baju yang sesuai dengan majlis. Seluar Jeans tidak digalakkan. Seeloknya ibu memakai baju kurung dan bapa memakai baju batik atau pun yang elok.

Jika tidak dapat menjadi AJK, cukuplah dengan menghormati majlis dan memberikan kerjasama supaya majlis berjalan lancar.

Anak-anak kecil--> Jika membawa anak kecil, sila pastikan anak tidak menangis kuat. Jika perlu dibawa keluar, bawa keluar sehingga anak tenteram. Jika perlu menyusukan anak (susu badan) , juga boleh keluar.


Hari Sabtu, 11 November 2017, pukul 2 petang, pihak sekolah akan ke Dewan Suarah Miri untuk menghias pentas dan susun atur kerusi dan meja. Ibu bapa yang ada masa terluang, aku boleh turun padang untuk. membantu.

Hari Ahad, 12 November 2017, ialah hari berlangsungnya Majlis Konvokesyen.

Hari Isnin, jumaat 13 November and 2017, cuti...hanya untuk Taski Tahfiz ABIM.



Itu sahaja yang Kay boleh kongsikan.
Semoga majlis berjalan lancar hendaknya.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...