Haish..agak lama tak update blog..
Bukan apa..Kay sibuk dengan projek jahitan..hihihi..
Jadi, sekarang tiba lah masanya untuk Kay kongsikan apa yang Kay buat beberapa minggu yang lepas..
Sekarang Kay dah masuk trimester yang ketiga dan ligat berfikir apa projek jahitan untuk dilakukan untuk menyambut anak kedua!! Selain dari beli baju baru dan sebagainya, apa kata Kay jahit sesuatu.
Alhamdulillah, pada pemeriksaan yang lalu pada 14 September 2013, baby dalam keadaan yang sihat.
Cuka Kay yang terlebih tambah berat badan. Doktor suruh Kay banyakkan berjalan dan kurangkan makanan manis seperti coklat dan sebagainya.
Ok...kembali ke tajuk entry diatas...Lets enjoy the pics below!!
Selain dari kain, kita perlukan batting. Inilah yang bertindak sebagai penghalang bila bayi atau kanak-kanak terhantuk di tiang kayu. Batting ni ada pelbagai jenis dari material semulajadi dan material polyester. Kay beli dari jenis polyester dan jenis yang tebal. Kay beli di Satwa. Untuk batting yang tebal berharga 10 dirham per yard. Untuk batting poluester yang nipis berharga 7 dirham per yard. Kalau beli banyak, harga boleh ditawar. |
Haa..lebihan kain dari buat crib bumper ni, Kay buatkan sarung bantal. Bantal tu Kay recycle dari Khadeejah Bella. Tapi Kay beri nafas baru dengan menjahit sarung bantal yang baru!! Cuma sarung bantal kepala tu, Kay buat yang ada tepi..Kalau nak tahu, boleh search di YouTube cari Sewing Pillow Sham. Untuk tutorial menjahit bantal sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/05/cara-cara-menjahit-bantal-bayi.html?showComment=1380283713458 |
Apa-apapun, thank you Lau Kong for the support !! Bukan ape, banyak juga cabaran untuk membuat crib bumper nih.. Dengan kain tak cukup dan Khadeejah Bella menjadi assistant, agak melambatkan kerja-kerja menyiapkan crib bumper dan sarung bantal.LAst but not least, sarung tilam tu pon Kay jahit sendiri. Senang je. Boleh tengok di YouTUbe!!
Sekian terima kasih.
ooo..kay bt stail ni...sy ingt nk bt mcm besa yg petak tu ja.hihihiihih..
ReplyDeleteBule ja nak buat yg macam biasa.. Cuma kalau buat yg macam ni bule pakai sampai anak 1-2 tahun kot.. Cuma leceh la nak menjahit nya.. Agak lama juga masa diambil kalau kita buat stop stop..
DeleteSalam ziarah Kay, cantik sungguh! Warna pink lagi. Lebih selamat untuk baby kan.
ReplyDeleteHye kay...where did you buy the batting?
ReplyDeleteHi..I bought it at sewing accessories/craft shop at Satwa road, Dubai. In Sibu, Sarawak, Malaysia, I found it at selected fabric shop.
Delete